Laporan Tahunan


LAPORAN

AHLI J/KUASA KKB

2013/2014

LAPORAN AJK KEBUDAYAAN & AM 2013/2014

Assalamualaikum  dan salam sejahtera...

Tahun 2013 merupakan tahun ke 2 saya menjalankan tugas sebagai Ajk Kebudayaan Dan Am untuk sesi 2013/2014 Kelab Kebajikan Bendahari. Namun begitu Tahun 2013 tidak banyak majlis yang berlangsung yang memerlukan aktiviti berbentuk kebudayaan dijalankan.Aktiviti yang dijalankan di bawah Kebudayaan dan Am hanyalah Majlis Perpisahan En Zamahshari dan Puan Azmashaida.

Majlis Perpisahan En Zamahshari Dan Puan Azmashaida

Majlis diadakan sempena perpindahan En Zamahshari Bin Abd Ghani ke Unit Kewangan kerana telah dinaikkan pangkat.Manakala Puan Azmashaida pula bertukar ke Jabatan Bendahari Kampus Induk.Majlis perpisahan tersebut telah diraikan di Crown Hotel Kota Bharu pada 20 April 2013.Majlis berlangsung dengan jayanya yang mana turut dihadiri oleh Mantan Timbalan Bendahari Tn Hj Zulkifli bin Mohamed dan keluarga.Walaubagaimana pun majlis tersebut tidak dapat dihadiri oleh Puan Azmashaida atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.Aktiviti yang dijalankan sepanjang majlis itu berlangsung hanyalah ucapan pembukaan daripada Puan Pengerusi Kelab Pn Hajah Narizam Binti Abd Rahman dan ucapan daripada yang dirai iaitu En Zamahshari Bin Abd Ghani.Majlis bermula pada pukul 8 malam dan berakhir pada pukul 11 malam.

Akhir sekali saya amat berharap agar pada masa akan datang lebih ramai penyertaan daripada ahli kelab untuk menyertai aktiviti-aktiviti berbentuk kebudayaan.Kerjasama dari semua ahli/bersekutu juga amat penting bagi memantapkan lagi Jentera Kelab Kakitangan Bendahari sesi 2012/2014. Ini adalah kerana setiap kejayaan datangnya bukan saja dari kreativiti dan komitmen individu tetapi juga dari kerja yang sepakat (kerjasama) bak kata pepatah “Berat sama dipikul ringan sama dijinjing”.

Terima kasih kepada semua ahli kerana “CERIA AHLI, GEMILANG KKB”.

Di sediakan Oleh,
Farihan Binti Mohd Hussain





LAPORAN AJK SOSIAL & LAWATAN 2013/2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera…..

Hari Keluarga ke Sudara Beach Resort
AJK Sosial & Lawatan telah membuat program  hari keluarga ke Sudara Beach Resort, Bachok pada 29 – 30 Mac 2013, pakej 2 hari 1 malam. Sebanyak 20 bilik telah ditempah.  Seramai 25 orang ahli KKB dan 20 orang anak-anak ahli  telah menyertai lawatan ini.
Semua ahli ke Sudara Beach Resort menaiki kenderaan masing-masing. AJK telah   tiba disana  seawal jam 12 tengahari lagi untuk urusan pendaftaran dan “Check In”. Setelah urusan pendaftaran selesai, ahli-ahli ke chalet  masing-masing untuk berehat dan aktiviti bebas. 
Pada jam 5 petang kami telah berkumpul di tepi pantai untuk memulakan aktiviti riadah. Acara terbahagi kepada dua bahagian iaitu acara kanak-kanak dan dewasa. Acara kanak-kanak ialah cari gula-gula, isi air dalam botol dan tiup belon sampai pecah. Acara untuk dewasa ialah bowling botol mineral, pancing botol. Suasana begitu meriah dan masing-masing gembira apabila memenangi tempat pertama dalam acara yang disertai. Hadiah-hadiah kemenangan telah disampaikan oleh Penaung KKB, Tuan Syed Ahmad Kamil. Setelah aktiviti riadah selesai, kami menikmati makanan dan minuman yang telah disediakan. Seterusnya aktiviti bebas yang paling disukai kanak-kanak iaitu mandi dikolam renang.
Pada sebelah malam aktiviti seterusnya ialah BBQ. Antara menu BBQ yang disediakan ialah Ayam, Ikan, dan Sosej. Selain itu menu tambahan seperti Bihun goreng, nasi goreng dan Kentang goreng turut disediakan. Sebagai pencuci mulut pula kami disediakan  buah-buahan, agar-agar dan kuih muih.  Minuman pula ialah air oren, teh dan kopi panas. Kami semua  menikmati makan malam dengan berselera dan berpuas hati dengan makanan yang disediakan.
Sambil menikamati BBQ, acara penyampaian hadiah “Sukben” telah di sampaikan oleh Pengerusi KKB En Zamashari kepada pemenang-pemenang permainan Karom dan Congkak. Majlis BBQ dan makan malam telah tamat pada jam 11 malam.
Pada keesokan harinya kami menikmati sarapan  seawal jam 8 pagi. Menu yang disediakan adalah nasi lemak dan nasi goreng. Setelah selesai  bersarapan, kami semua melakukan aktiviti bebas. Ada yang mandi manda dikolam, memancing, dan jogging dipantai.
Pada jam 12 tengahari ahli ahli KKB telah ‘Check out’ dan pulang dengan hati yang gembira. Semoga aktiviti  seperti ini dapat mengerat serta  mengukuh hubungan  siratul rahim sesama ahli KKB  dan ahli keluarga KKB.







Lawatan ke Pulau Langkawi
Lawatan ke Pulau Langkawi yang  dirancang perjalanannya pada bulan Mac 2014 telah ditunda kerana tarikh  ke Pulau Pangkor oleh Induk juga dijangka bulan Mac atau April.

Sekian, terima kasih.

Maizan Binti Mat
AJK Sosial dan Lawatan


LAPORAN TAHUNAN AJK SUKAN BAGI TAHUN 2013/2014

Assalamualaikum  dan salam sejahtera,

Untuk aktiviti sukan kelab bagi sesi 2013-2014, saya ditugaskan untuk mengendalikan acara Sukaneka sempena Hari Keluarga Jabatan Bendahari 2013 & Kejohanan Bowling SUKBEN 2013. Bagi menyemarakkan semangat kesukanan sempena SUKBEN 2013, saya telah membahagikan semua ahli KKB kepada 4 kumpulan iaitu Kumpulan Baucer , Kumpulan Nota Kredit, Kumpulan Jernal & Kumpulan Waran.

Kump. Baucer diketuai oleh Tuan Syed Ahmad Kamil & Pn. Rozila
Kump. Jernal diketuai oleh Pn.Hjh Narizam & Cik Elly Fatmawatee
Kump. Waran diketuai oleh En. Wan Halimsani & Pn. Dan Heng Luan
Kump. Nota Kredit diketuai oleh Pn.Syafinaz & Pn.Maslina Zukhaireen


Sukaneka Hari Keluarga Jabatan Bendahari:

Pada 29-30 Mac 2013 KKB telah menganjurkan Hari Keluarga Jabatan Bendahari bertempat di Sudara Beach Resort . Objektif utama Hari Keluarga ini ialah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim ahli KKB . AJK Sukan diberi kepercayaan untuk mengendalikan acara Sukaneka yang diadakan pada sebelah petang. Antara acara yang dipertandingkan ialah :
Kategori Dewasa :
1)    Bowling kelapa
2)   Sambut belon berisi air
3)   Pancing botol
Kategori Kanak-Kanak :
1)    Cari gula-gula
2)   Isi air dalam botol
3)   Musical Chair
4)   Tiup belon sampai pecah
5)   Lari bawa limau nipis dalam sudu
Sukaneka berakhir dengan penyampaian hadiah oleh Ketua Jabatan Bendahari merangkap Penasihat KKB , Tuan Syed Ahmad Kamil Syed Zakaria dan disusuli dengan aktiviti bebas selepas semua acara berakhir.










Kejohanan Bowling : 

Pada 12 Oktober 2013, KKB telah menganjurkan Kejohanan Bowling bertempat di Pacific Bowl, KB Mall Kota Bharu .Dengan kejohanan ini, dapat mewujudkan semangat yang tinggi dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara staf Jabatan Bendahari. AJK Sukan juga telah menempah baju t-shirt untuk semua ahli & peserta bowling untuk menyemarakkan lagi kejohanan bowling ini. Berikut adalah keputusan Kejohanan tersebut :

Johan       :Kump. Nota Kredit
Naib Johan :Kump. Jernal

Raja Bowling 2013 : En.Zamashari
Ratu Bowling 2013 : Pn. Farihan


Akhir sekali, saya selaku AJK Sukan KKB Sessi 2013/2014 ini merasa bangga di atas pencapaian KKB dalam menganjurkan aktiviti sukan dan kepada para peserta di kalangan staf Jabatan Bendahari sendiri yang telah menunjukkan bakat yang memberangsangkan.

Sekian, laporan AJK Sukan KKB untuk tahun 2013

“MAJULAH SUKAN UNTUK KKB”
“CERIA AHLI GEMILANG KKB”


(EN. MOHD ZULBAHARI BIN MOHD ROSLY)
AJK SUKAN SESSI 2013/2014



LAPORAN AJK BIRO KEBAJIKAN KKB TAHUN 2013/2014

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua ahli KKB. Terlebih dahulu, diucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan yang telah diberikan bagi menjayakan aktiviti-aktiviti kebajikan sepanjang tahun 2013.
Sepanjang tempoh tersebut beberapa program kebajikan telah dapat dilaksanakan dengan jayanya.

1)  Majlis Sambutan Maulidur Rasul
Majlis telah diadakan pada 30 Januari 2013 di Dewan Persidangan, Kompleks Pentadbiran. Ceramah mengenai Sirah Nabi Muhammad S.A.W telah disampaikan oleh Tuan Haji Azman bin Yaacob. Jamuan makan tengah hari disediakan selepas majlis tersebut.
2)  Program Gotong-royong Pusat Islam
Program gotong-royong membersihkan dapur Pusat Islam pada 26 Jun 2013 bagi persiapan menyambut Ramadhan 1434 kerana sepanjang bulan Ramadhan aktiviti memasak dilakukan setiap hari bagi persiapan majlis berbuka puasa. Ahli-ahli yang terlibat dalam program ini telah diberikan sijil penghargaan dari pihak pengurusan Pusat Islam.
3)  Ceramah Pra Ramadhan
Ceramah telah diadakan pada 9 Julai 2013, diadakan sebelum kedatangan bulan Ramadhan. Ustaz Haji Saibon dari Balai Islam, Lundang telah dijemput bagi menyampaikan ceramah. Jamuan tengah hari disediakan selepas majlis tersebut.
4)  Sumbangan kuih-muih untuk berbuka puasa
Sumbangan kuih-muih kepada semua staf dan pelajar praktikal pada 24 Julai 2013.
5)  Sumbangan Ihya Ramadhan 2013
Sumbangan kepada Puan Laili dan Puan Rohani Abdullah. Kedua-duanya dikenalpasti daripada keluarga yang kurang kemampuan. Sebanyak RM100 telah disumbangkan kepada setiap seorang beserta barang keperluan harian. Sumbangan diperolehi  daripada derma ikhlas ahli KKB sempena bulan Ramadhan 1434 Hijrah berjumlah RM704.00
6)  Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri 2013
Majlis hariraya yang sangat meriah pada 2 September 2013.






7)  Sumbangan – sumbangan
     i.        Sumbangan Perkahwinan – (RM50.00)
1.     Encik Emee Rahman
2.    Encik Khairul Ezuwan

    ii.        Sumbangan Kematian – (RM100.00)
·         Puan Zunainah Zainal Abidin (Ibu)
·         En M. Rozihan M. Yaacob (Ayah)
·         Puan Farihan Hussain (Ibu)
·         Puan Nur Raihan Ghazali (Ibu)

  iii.        Sumbangan Muhibah ( Sakit)
·         Bapa Puan Maizan Mat
·         Ibu Puan Nur Raihan Ghazali
·         Isteri Encik Iskandar Zakaria
·         Suami Puan Zuraihah May

   iv.        Sumbangan Kemasukan Wad – (RM20.00)
·         Puan Norainon Abdul Rahman
·         Encik Iskandar Zakaria
·         Encik Wan Mohd Halimsani Wan Pa
·         Puan Nur Raihan Ghazali

    v.        Sumbangan Kelahiran - (RM20.00)
·         Puan Shafinaz Mohamed Saat
·         Puan Wan Nurul Nazmi
·         Puan Maslina Zukhaireen Mohd Zaharial
·         En Mohd Zulbahari M. Rosly
·         Puan Noor Anida Abd Rahman
·         Puan Farihan Hussain
·         Puan Zarina Hussin
·         Nurfarahin Ruzlan
·          
Bagi jemputan perkahwinan staf Bendahari, ahli keluarga staf dan staf daripada jabatan lain, biro kebajikan KKB juga telah membuat kutipan bagi membeli hadiah. Sekian, Terima Kasih.

Disediakan oleh:
Harsiah Nordin
Biro Kebajikan KKB


LAPORAN PENJUALAN TIT-BIT 2013


PENYATA JUALAN TIT-BIT
BAGI BULAN JANUARI – DISEMBER 2013


BULAN
JUALAN (RM)
BELIAN (RM)
JANUARI
351.50
294.80
FEBRUARI
358.00
116.50
MAC
308.00
500.60
APRIL
421.00
420.08
MEI
379.40
198.40
JUN
307.10
59.95
JULAI
108.20
62.36
OGOS
97.10
276.60
SEPTEMBER
197.00
108.59
OKTOBER
251.30
330.85
NOVEMBER
312.90
297.70
DISEMBER
459.00
311.66

3550.50
2978.09


UNTUNG BERSIH           =                  JUALAN – BELIAN
                                      =                  RM 3,550.50 – 2,978.09
                                                         ---------------------------
=                  RM 572.41                     
---------------------------
 
 
 
 
Disediakan oleh,
 
PN. SULIHA HUSSIN



MESYUARAT AGONG
KALI KE 16




    TARIKH : 18 April 2013
    MASA     : 2.30 ptg – 4.30 ptg
    TEMPAT : RUANG LEGAR
       JABATAN BENDAHARI






UCAPAN PENAUNG KKB


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wm wbr dan Salam Sejahtera,

 

Alhamdulillah, jutaan syukur saya panjatkan ke hadrat Allah s.w.t kerana atas limpah perkenan dan izin-Nya, saya dapat melakar sepatah dua kata dalam Laporan Tahunan Kelab Kakitangan Bendahari (KKB) sempena Mesyuarat Agong Kali Ke 16 ini.  Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah dan melahirkan rasa bangga dengan perkembangan KKB yang diterajui oleh En. Zamasari @ Zamahshari Ab. Ghani selaku Pengerusi KKB dan barisan Ahli Jawatankuasa yang telah berusaha gigih menjalankan aktiviti-aktiviti KKB. Tidak lupa juga kepada semua Pengerusi serta Ahli Jawatankuasa terdahulu yang telah melakar peta serta meletakkan KKB ke tahap yang ada sekarang.

KKB adalah aset penting jabatan.  Kepentingan KKB kepada jabatan dapat ditafsir sebagai satu media penghubung diantara semua kakitangan jabatan daripada peringkat atasan dan bawahan melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan. KKB juga turut berperanan dalam mengeratkan hubungan silatulrahim di antara semua kakitangan Jabatan Bendahari tanpa mengira pangkat atau status.

Kesempatan ini, saya mengucapkan jutaan terima kasih di atas khidmat cemerlang yang ditunjukkan oleh warga kerja KKB. Diharap semua warga akan terus memberi kerjasama serta mengharumkan KKB di masa hadapan. Sesungguhnya anda semualah yang akan menentukan nasib dan halatuju KKB. Malah turut tidak dilupakan bekas-bekas warga Jabatan Bendahari yang masih setia menjadi ahli bersekutu serta turut menymbang dalam semua aktiviti yang dijalankan.

Akhir kata,  saya sebagai Penaung KKB, berharap agar KKB terus berkembang maju dengan kerjasama yang erat serta sifat tolak ansur daripada semua ahli bagi mengujudkan suasana yang harmoni di jabatan yang seterusnya dapat meningkatkan nama dan perkhidmatan Jabatan. Saya juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada AJK KKB di bawah kepimpinan yang baru. Semoga ahli KKB terus CERIA dan KKB terus GEMILANG….

Wassalamualaikum w.m.t.


(TN. HJ. SYED AHMAD KAMIL SYED ZAKARIA)
Penaung Kelab Kakitangan Bendahari (KKB)
USM Kampus Kesihatan


SEULAS PINANG DARI PENGERUSI KKB

Bismillahirrahmannirrahim,

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurniaNya, kita dapat berkumpul di sini di dalam majlis Mesyuarat Agung Tahunan  Kelab kakitangan Bendahari KK. Terima kasih saya ucapkan kepada Tn Hj Syed Ahmad Kamil Syed Zakaria selaku Penaung dan tuan/puan yang dapat hadir pada hari ini.

Mengenai Mesyuarat Agung kali ini, saya selaku pengerusi KKB terlebih dahulu ingin memohon maaf kepada semua ahli kerana agak lewat memulakankan majlis ini. Walaubagaimanapun Alhamdulillah, pada hari ini kita akan dapat mengadakan AGM. Harapan saya pada hari ini semoga kita dapat sama-sama berbincang dalam suasana yang baik dan melaksanakan tugas masing-masing dengan sebaik mungkin demi kemajuan KKB.

Harapan saya semoga kita semua dapat memberi sokongan yang padu kepada segala program yang dirancang kelak.


Akhir kalam, saya ingin mengampil peluang ini untuk memohon kemaafan sekiranya terdapat kekurangan sepanjang saya dan ahli jawatankuasa yang lain menerajui KKB Kampus Kesihatan bagi tahun 2012.


Sekian, terima kasih.



(ZAMASARI @ ZAMAHSHARI AB GHANI)
Pengerusi Kelab Kakitangan Bendahari (KKB)
USM Kampus Kesihatan






SENARAI AHLI JAWATANKUASA 2012/2014
KELAB KAKITANGAN BENDAHARI

PENAUNG
TUAN HAJI SYED AHMAD KAMIL SYED ZAKARIA

PENGERUSI
ZAMASARI @ ZAMAHSHARI AB GHANI

TIMBALAN PENGERUSI
DAN HENG LUAN

SETIAUSAHA
NIK ANIZAR NIK ABDULLAH

PENOLONG SETIAUSAHA
NOORAZMA BT MOHAMAD NOR

BENDAHARI
CHE RABWAH M. ZAHID

PENOLONG BENDAHARI
NIK NURHAZIAH MAT ZAIN

AHLI JAWATANKUASA TIT-BITS
SULIHA HUSSIN

AHLI JAWATANKUASA SOSIAL DAN LAWATAN
MAIZAN MAT

AHLI JAWATANKUASA KEBUDAYAAN & AM
FARIHAN HUSSIN

AHLI JAWATANKUASA SUKAN
MOHD ZULBAHARI MOHD ROSLY

AHLI JAWATANKUASA KEBAJIKAN
HARSIAH NORDIN

JURUAUDIT
ABDUL RAHIM ABDUL SAMAD
MASLINA ZUKHAIREEN MOHD ZAHARIAL







AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
KELAB KAKITANGAN BENDAHARI (KKB)
KALI KE-16 TAHUN 2012


1.                   UCAPAN PENGERUSI MAJLIS.

2.                 UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI KKB.

3.                 UCAPAN PENAUNG KKB.

4.                 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 15 TAHUN 2009/2011

5.                 MEMBENTANG DAN MENERIMA PENYATA KEWANGAN OLEH BENDAHARI KKB.
                PENYATAAGM16.PDF


6.                 MEMBINCANGKAN USUL-USUL BARU




























MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-15
KELAB KAKITANGAN BENDAHARI (KKB)
_______________________________________________________

Tarikh         :         2 Mei 2012
Masa            :         2.30 petang
Tempat        :         Dewan Persidangan Kampus, Kompleks Pentadbiran
                             Kampus Kesihatan

Kehadiran     :         Tuan Haji Zulkifli Mohamed                     -    Penaung
                             En. Wan Mohd Halimsani Wan Pa             -     Pengerusi
Pn. Hjh Narizam Abd Rahman
En. Zamasari @ Zamahshari Ab Ghani
Pn. Shafinaz Mohamed Saat
Pn. Maslina Zukhaireen Mohd Zaharial
Pn. Fauziah Hanim Ibrahim
En. Abdul Rahim Abdul Samad
Hj. Azman Yaacob
Pn. Dan Heng Luan
Pn. Hjh Norizan Abdul Halim
Pn. Zuraihan May
Pn. Zunainah Zainal Abidin
Pn. Farihan Hussain
En. Osman Mansor
Pn. Rohayah Hashim
Pn. Nik Anizar Nik Abdullah
Pn. Fariza Bahurudin
Pn. Noorazma Mohd Nor
Pn. Norhayati Zakaria
Pn. Wan Nurul Nazmie
Pn. Wan Rosmariani
Pn. Zarina Hussin
Pn. Maizan Mat
Cik Nor Eliza Hussin
Puan Noor Anida Abd. Rahman
En. Zulhimi Abd. Hadi
Pn. Normin Nordin
Pn. Suliha Husin
Pn. Farinaum Abd Jabbar
Pn. Norainon Abdul Rahman
Pn. Che Rabwah Zahid
Pn. Samihah Abd. Kadir
Pn Suhaida Mat Hassan
En. Mohd Zulbahari M. Rosly


En. Nasaruddin Semail
En. Mohd Hafiz

Tidak hadir dengan bersebab
Puan Nur Raihan Ghazali
Pn. Azmashaida M. Sukeri
En. Nasri Abd Rahman
En. M. Rozihan M. Yaacob
En. Wan Rusdi Wan Ismail
Cik Azmah Ashaari
Pn. Norizan Ismail
Cik Gan Lea Yong
Pn. Rozila Mohd Roslan
Pn. Asnilawati Ahmad
Pn. Hjh Fauziah Halim
Pn. Fuziah Abdullah
En. Abd. Rahim Yaakob
En. Mohd Zulkifly Ibrahim
Pn. Harsiah Nordin
En. Khairul Ezuwan
En. Emee Rahman Zakaria
En. Mohd Hasif

1.    Ucapan Pengerusi

          Puan Maslina Zukhaireen selaku Pengerusi Majlis telah mengalu-alukan kedatangan semua ahli KKB dan seterusnya mempersilakan En. Wan Mohd Halimsani selaku Pengerusi KKB untuk mempengerusikan mesyuarat pada petang itu.

          En. Wan Mohd Halimsani memulakan ucapan beliau dengan memanjatkan kesyukuran kerana AGM kali ke 15 dapat diadakan. Beliau memohon maaf kerana AGM ini telah beberapa kali dijadualkan tetapi terpaksa ditunda atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Beliau mengucapkan tahniah kepada bakal pucuk pimpinan yang baru juga berterima kasih kepada Penaung KKB yang bakal bersara pada akhir bulan ini.

2.                Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lepas

En. Zamasari @ Zamahshari Abd. Ghani mencadangkan agar Minit Mesyuarat Agung Tahunan Ke 13 KKB pada 9 September 2007 disahkan dan disokong oleh En. Wan Mohd Halimsani Wan Pa.




3.                Pembentangan Penyata Kewangan

Puan Noor Anida selaku Bendahari KKB telah membentangkan penyata kewangan untuk tahun 2009, 2010 serta 2011 berdasarkan lampiran yang diedarkan dalam buku laporan.

3.1           Penyata Kewangan 2009
Telah dicadangkan untuk pengesahan dan kelulusan oleh En. Zamasari @ Zamahshari Ab Ghani dan disokong oleh En. Abdul Rahim Abdul Samad

3.2           Penyata Kewangan 2010

En. Wan Mohd Halimsani Wan Pa memaklumkan bahawa sumbangan perkahwinan adalah untuk staf yang menjadi wakil Jabatan kepada majlis perkahwinan Pn. Azmashaida di Kedah. Sumbangan ini meliputi petrol serta elaun makan sepanjang perjalanan.

Mesyuarat turut dimaklumkan bahawa terdapat beberapa orang staf yang tidak tersenarai dalam mendapat bayaran saguhati untuk kelahiran anak, kematian ibu serta sumbangan kerana sakit / masuk wad iaitu:
a)     Kelahiran – Pn. Fariza Bahuruddin & Pn. Suhaida Mat Hassan
b)    Kematian ibu – Pn. Norhayati Zakaria
c)     Sakit/masuk wad – Tn Hj Zulkifli Mohamad

Pn. Noor Anida memberitahu bahawa beliau akan menguruskan pembayaran sumbangan-sumbangan tersebut dengan kadar segera.

(Tindakan: Bendahari KKB)

Ahli mencadangkan agar borang disediakan untuk sebarang tuntutan bayaran saguhati. Tetapi mesyuarat turut dimaklumkan bahawa segala bayaran saguhati adalah dibawah tanggungjawab AJK Kebajikan. Oleh itu, borang tuntutan tidak diperlukan sepertimana yang telah dilaksanakan oleh AJK yang terdahulu.

(Tindakan : AJK Baru)

Penyata kewangan 2010 ini telah dicadangkan untuk pengesahan dan kelulusan oleh En. Zamasari @ Zamahshari Ab Ghani dan disokong oleh En. Abdul Rahim Abdul Samad



3.3           Penyata Kewangan 2011
Telah dicadangkan untuk pengesahan dan kelulusan oleh En. Abdul Rahim Abdul Samad dan disokong oleh En. Zamasari @ Zamahshari Ab Ghani


4.                Perkara-Perkara Berbangkit

Pengerusi memberikan kepada ahli untuk membincangkan sebarang perkara berbangkit. Namun, oleh kerana tiada perkara berbangkit daripada mesyuarat agong ke 14, mesyuarat diteruskan dengan pembentangan usul-usul baru.


5.                                         Pembentangan Usul-Usul
6.                                          
6.1           Usul 1
Berdasarkan perlembagaan KKB, sekiranya ahli tidak membayar yuran atau menjelaskan yuran bulanan melebihi 6 bulan secara automatic keahlian digugurkan. Sebolehnya Bendahari mengeluarkan senarai nama ahli yang terkini dengan mengeluarkan nama ahli yang telah digugurkan keahlian.
         
Mesyuarat dimaklumkan bahawa pengguguran keahlian hanya tertakluk kepada ahli bersekutu sahaja. Semua warga staf Jabatan Bendahari tetap sebagai ahli KKB. Namun, mesyuarat bersetuju agar satu notis / peringatan dikeluarkan kepada ahli bersekutu sebagai peringatan terakhir sebelum keahlian digugurkan.
(Tindakan : AJK Baru)


6.2           Usul 2

Cadangan supaya surat peringatan turut dikeluarkan kepada ahli tetap yang mempunyai tunggakan yuran secara bulanan sebelum arahan potongan gaji dikeluarkan.
Mesyuarat dimaklumkan bahawa arahan potongan gaji tidak dapat dilakukan kerana ia hanya boleh dilakukan oleh Kelab yang berdaftar dengan ROS (Registrar of Society) sahaja
(Tindakan : AJK Baru)



6.3           Usul 3

Cadangan agar ahli bersekutu tidak perlu membayar yuran terutama bekas-bekas staf yang terlibat dengan penubuhan Kelab.

Pn. Rohayah serta Pn Normin memaklumkan bahawa mereka sebenarnya tidak mempunyai masalah untuk membayar yuran melainkan tidak berkesempatan. Ahli mesyuarat mencadangkan serta bersetuju agar yuran ahli-ahli bersekutu ditetapkan sebaga RM30 setahun.
(Tindakan : AJK Baru)

6.4           Usul 4

Cadangan agar aktiviti-aktiviti KKB aktif seperti dahulu sama ada aktiviti dalam kampus USM atau luar Kampus. Ini kerana semua AJK KKB yang dilantik perlu memainkan peranan yang penting dalam menghidupkan kembali KKB
(Tindakan : AJK Baru)


6.5           Usul 5

AJK KKB yang dilantik hendaklah serius dalam menjalankan tugas masing-masing dan minta selalu mengadakan mesyuarat setiap kali hendak mengadakan sebarang aktiviti dan sebagainya. Semua AJK KKB juga kena kuat bekerjasama bagi menaikkan nama KKB.
(Tindakan : AJK Baru)



6.6           Usul 6

Ahli-ahli bersekutu diberi hak untuk mengisi borang pencalonan dan membuang undi. Tetapi tidak dibenarkan bertanding.
(Tindakan : AJK Baru)





6.7           Usul 7

Cadangan Buku Perlembagaan dikaji semula / pindahan ayat-ayat tidak teratur.
          (Tindakan : AJK Baru)


6.8           Usul 8

Cadangan nama ahli yang mempunyai tunggakan yuran dipaparkan semasa AGM.

(Tindakan : AJK Baru)


6.9           Usul 9 - KIV

Cadangan agar sejumlah wang Kelab disimpan dalam Simpanan Tetap. Mesyuarat bersetuju agar kaedah terbaik untuk pelaburan akan dibincangkan oleh AJK yang baru nanti.

(Tindakan : AJK Baru)


6.10      Usul 10

Cadangan nombor pendaftaran beserta dengan kad ahli disediakan bagi ahli KKB. Ini adalah sebagai rekod terutama nombor ahli yang lama akan dikekalkan dan KKB boleh melihat jumlah ahli yang terkini setiap tahun.

(Tindakan : AJK Baru)


6.11      Usul 11


Mencadangkan agar sebarang perancangan / aktiviti KKB diteruskan walaupun tidak mendapat sambutan menyeluruh ahli.
(Tindakan : AJK Baru)






7.                Pembubaran dan Perlantikan AJK Baru

7.1           Pengerusi membubarkan AJK yang sedia ada dan mengumumkan AJK baru untuk Sessi 2012/2013 sepertimana berikut:

Bil
Jawatan
Nama
1.
Pengerusi
En. Zamasari @ Zamahshari Ab Ghani
2.
Timbalan Pengerusi
Pn. Dan Heng Luan
3.
Setiausaha
Pn. Nik Anizar Nik Abdullah
4.
Penolong Setiausaha
Pn. Noorazma Mohd Noor
5.
Bendahari
Pn. Che Rabwah M. Zahid
6.
Penolong Bendahari
Pn. Nik Nurhaziah Mat Zain




AJK

7.
Kebajikan
Pn. Harsiah Nordin
8.
Lawatan & Sosial
Pn. Maizan Mat
9.
Sukan
En. Mohd Zulbahari Mohd Rosly
10.
AM & Kebudayaan
Pn. Farihan Hussin
11.
Tit-Bits
Pn. Suliha Hussin


7.2           Mesyuarat dimaklumkan proses pengundian terdahulu telah tertinggal calon untuk juruaudit dalam seramai 2 orang. Mesyuarat mengambil keputusan untuk membuat penamaan beserta dengan pengundian calon pada waktu yang sama. Calon yang berjaya ialah:
a)     En. Abdul Rahim Abdul Samad
b)    Pn. Maslina Zukhaireen Mohd Zaharial
                            
8.                Hal-Hal Lain

Mesyuarat dimaklumkan bahawa ini adalah mesyuarat terakhir untuk penaung KKB iaitu Tn Hj Zulkifli Mohamad yang akan bersara pilihan pada 3 Jun 2012. KKB amat berterima kasih kepada beliau yang telah banyak membantu KKB sehingga dapat berdiri dengan megah seperti sekarang.

Seterusnya En Wan Mohd Halimsani menjemput Pengerusi KKB yang baru, En Zamasari @ Zamahshari Ab Ghani untuk memberikan ucapan aluan sebagai wakil AJK yang baru.


En. Zamasari mengucapkan terima kasih di atas kepercayaan ahli kepada semua AJK yang baru dan berjanji akan melaksanakan  tanggungjawab yang diberikan ini sebaik mungkin.

9.                Penutup

Tuan Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli dan menangguhkan mesyuarat pada jam 5.30 petang sehingga mesyuarat seterusnya yang akan ditentukan masanya kelak oleh AJK baru.





Disediakan Oleh :                                     Disahkan Oleh


............................................                           ................................................
     MASLINA ZUKHAIREEN MOHD           WAN MOHD HALIMSANI
     ZAHARIAL                                            WAN PA
     Setiausaha                                               Pengerusi

     Tarikh :  29 Mei 2012                                       Tarikh : 29 Mei 2012





























LAPORAN

AHLI J/KUASA KKB

2012
LAPORAN AJK KEBUDAYAAN & AM 2012

Assalamualaikum  dan salam sejahtera...

Bulan berganti bulan,Tahun berganti tahun,KKB sekali lagi membuka tirai baharu bagi sesi 2012/2014 setelah melabuhkan tirai 2009/2011.Bagi sesi 2012/2014 ini saya selaku Biro Kebudayaan & Am akan sentiasa berusaha untuk memberi komitmen dan inisiatif yang memberangsangkan bagi mengerakkan jentera Kelab Kakitangan Bendahari yang baharu ini.

Sepanjang tahun 2012 yang lalu,beberapa aktiviti berbentuk kebudayaan telah berlangsung dengan jayanya.Kejayaan ini adalah hasil kerjasama daripada semua ahli kelab termasuk ahli bersekutu..Pujian patut diberikan kepada semua ahli kelab/bersekutu kerana begitu memberi komitmen dan inisiatif yang memberangsangkan dalam menjayakan aktiviti yang telah dirancang.Ternyata kebanyakan ahli kelab/bersekutu mempunyai pelbagai bakat  yang selama ini mereka pendamkan.Dengan berlangsungnya beberapa aktiviti kebudayaan seperti Dikir Barat,Tarian,Koir,syair dan sajak telah memperlihatkan bahawa ahli kelab/bersekutu jika diberi peluang boleh mengembangkan lagi bakat yang sedia ada. Dengan semangat dan bakat yang ditonjolkan oleh para ahli/bersekutu maka wujudnya beberapa Kumpulan Kebudayaan Kelab Kakitangan Bendahari. Antaranya adalah Kumpulan Dikir Barat dan Kumpulan Koir.

Diantara aktiviti-aktiviti berbentuk kebudayaan yang telah berlangsung sepanjang tahun 2012 adalah seperti berikut:

Dikir Barat Sempena Hari Persaraan Mantan Timbalan Bendahari,Tuan Haji Zulkifli Bin Mohamed.

Tanggal 10/6/2012 yang lalu berlangsungnya Majlis Makan Malam Sempena Persaraan Tuan Haji Zulkifli Bin Mohamed iaitu Mantan Timbalan Bendahari yang amat kita semua sayangi.Pelbagai acara telah disusun bagi memeriahkan lagi majlis makan malam tersebut.Antaranya adalah persembahan Dikir Barat.Kumpulan Dikir Barat ini merupakan gabungan daripada ahli kelab,ahli bersekutu dan staf pembangunan kampus kesihatan.Apa yang menarik mengenai Kumpulan Dikir Barat Kelab Kakitangan Bendahari adalah majoriti ahlinya adalah perempuan.Persembahan pada malam tersebut turut disaksikan oleh Ketua-ketua Jabatan,Bendahari Penang,Vip-Vip jemputan dan ramai lagi di mana ianya telah berjaya menarik minat Timbalan Pustakawan untuk menjemput kumpulan Dikir Barat untuk membuat persembahan sempena



Majlis Makan Malam Persidangan Antarabangsa Perpustakaan 2012.

Kumpulan Koir Kelab Kakitangan Bendahari

Kumpulan Koir Kelab Kakitangan Bendahari telah ditubuhkan pada awal Mei 2012.Tertubuhnya kumpulan koir Kelab Jabatan Bendahari ini adalah inisiatif daripada Setiausaha Kelab iaitu Pn Nik Anizar dan sekaligus membolehkan beliau bertindak sebagai konduktor koir.Kumpulan Koir ini diwakili oleh ahli Kelab dan juga ahli bersekutu.Persembahan pertama Kumpulan Koir Kelab Kakitangan Bendahari adalah pada Majlis Makan Malam Persaraan Mantan Timbalan Bendahari Tuan Haji Zulkifli Bin Mohamed.Persembahan pada malam tersebut turut diiringi oleh pemuzik dari luar yang diketuai oleh En Jea.

Persembahan Dikir Barat Majlis Makan Malam Persidangan Antarabangsa Perpustakaan 2012

Persembahan Dikir Barat kali ini diadakan di Hotel Renaissance Kota Bharu pada 2/7/2012.Acara ini diadakan sempena Majlis Makan Malam Persidangan Antarabangsa Perpustakaan 2012.Pujian harus diberikan kepada semua yang terlibat kerana telah membuat persembahan yang begitu mantap sehingga mendapat pujian  daripada para hadirin yang terdiri daripada deligasi luar Negara.Pada malam tersebut juga kumpulan kami turut mendapat jemputan untuk membuat persembahan sempena makan malam anjuran Kelab Kewangan sempena perpisahan Tuan Syed Ahmad Kamil.

Dikesempatan ini juga saya selaku biro Kebudayaan & Am Kelab Kakitangan Bendahari ingin merakamkan penghargaan kepada staf Unit Kewangan di atas kesudian membuat persembahan pembukaan semasa Majlis Makan Malam sempena Persaraan Mantan Timbalan Bendahari tempoh hari.

Akhir sekali saya amat berharap agar pada masa akan datang lebih ramai penyertaan daripada ahli kelab untuk menyertai aktiviti-aktiviti berbentuk kebudayaan.Kerjasama dari semua ahli/bersekutu juga amat penting bagi memantapkan lagi Jentera Kelab Kakitangan Bendahari sesi 2012/2014. Ini adalah kerana setiap kejayaan datangnya bukan saja dari kreativiti dan komitmen individu tetapi juga dari kerja yang sepakat (kerjasama) bak kata pepatah “Berat sama dipikul ringan sama dijinjing”.

Terima kasih kepada semua ahli kerana “CERIA AHLI, GEMILANG KKB”.

Di sediakan Oleh,
Farihan Binti Mohd Hussain


LAPORAN AJK SOSIAL & LAWATAN 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera…..

AJK Sosial & Lawatan telah mendapat peralihan tugas pada bulan April 2012.
Untuk tahun 2012,  AJK kami tidak dapat membuat program lawatan kerana kesuntukan masa dan perlu membuat perancangan awal.
Untuk tahun 2013, AJK kami telah mengenalpasti beberapa tempat serta destinasi lawatan, program dan perancangan telah dibuat mengikut Kalendar Perancangan 2012/2013.

Semoga aktiviti lawatan yang akan dibuat mendapat sambutan dikalangan ahli-ahli KKB, Insyaallah.


Di sediakan Oleh

Maizan Binti Mat




LAPORAN AJK SUKAN 2012

Assalamualaikum  dan salam sejahtera...

Dalam Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Kakitangan Bendahari ( KKB ) 2 Mei 2012 , saya telah dilantik sebagai AJK Sukan KKB Sessi 2012/2014. Selepas perlantikan itu, dengan bantuan ahli jawatankuasa yang lain,saya telah merangka Sukan Jabatan Bendahari (SUKBEN 2012) yang merangkumi Kejohanan Bowling, Pertandingan Karom & Pertandingan Congkak serta Sukaneka sempena Hari Keluarga Jabatan Bendahari 2013. Bagi menyemarakkan semangat kesukanan sempena SUKBEN 2012, saya telah membahagikan semua ahli KKB kepada 4 kumpulan iaitu Merah, Hijau , Kuning & Oren.

Kump. Oren diketuai oleh En Zamashari & Pn. Syafinaz
Kump. Hijau diketuai oleh Pn. Hjh Narizam & En   Wan Halimsani
Kump. Kuning diketuai oleh Pn. Rozila & En. Abd Rahim
Kump. Merah diketuai oleh Tn Hj Syed Ahmad Kamil & Pn.Maslina

Kejohanan Bowling : 
Pada 22 September 2012, KKB telah menganjurkan Kejohanan Bowling bertempat di Mutiara Bowl,Billion Kota Bharu.Dengan kejohanan ini, dapat mewujudkan semangat yang tinggi dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara staf Jabatan Bendahari. Berikut adalah keputusan Kejohanan tersebut :

Johan       :Kump. Oren
Naib Johan :Kump. Hijau
Ketiga       :Kump. Kuning
Saguhati    :Kump. Merah
Raja Bowling 2012 : En.Zamashari
Ratu Bowling 2012 : Pn. Farihan

Pertandingan Congkak:
Pertandingan Congkak diadakan pada 7 hingga 10 Oktober 2012 bertempat dibilik operasi Zon B dan dijalankan pada waktu rehat. Setiap pasukan menghantar 5 peserta wanita sahaja. Keputusan pemenang bagi permainan congkak :

Johan       :Kump. Kuning
Naib Johan :Kump. Merah
Ketiga       :Kump. Hijau
Saguhati    :Kump. Oren
Ratu Congkak : Pn. Norainon


Pertandingan Karom :
SUKBEN 2012 diteruskan dengan penganjuran Pertandingan Karom pada 1 November 2012 sehingga 8 November 2012. Setiap kumpulan menghantar 10 peserta untuk bertanding dalam kategori yang dipertandingkan iaitu kategori Regu Lelaki, Regu Wanita & Regu Campuran. Alhamdulillah karnival sukan tersebut telah berjalan dengan lancar walaupun acara diadakan pada masa rehat kerja sahaja. Dengan wujudnya karnival sukan ini dapat memeriahkan suasana kerja dan memupuk semangat kesukanan antara staf Jabatan Bendahari. Keputusan pemenang bagi tiap– tiap acara adalah seperti berikut :

Johan       :Kump. Merah
Naib Johan :Kump. Hijau
Ketiga       :Kump. Kuning
Saguhati    :Kump. Oren


Akhir sekali, saya selaku AJK Sukan KKB Sessi 2012/2014 ini merasa bangga di atas pencapaian KKB dalam menganjurkan aktiviti sukan dan kepada para peserta di kalangan staf Jabatan Bendahari sendiri yang telah menunjukkan bakat yang memberangsangkan.

Sekian, laporan AJK Sukan KKB untuk tahun 2012

“MAJULAH SUKAN UNTUK KKB”
“CERIA AHLI GEMILANG KKB”


Di sediakan Oleh,

EN. MOHD ZULBAHARI BIN MOHD ROSLY




LAPORAN PENJUALAN TIT-BIT 2012


PENYATA JUALAN TIT-BIT
BAGI BULAN SEPTEMBER – DISEMBER 2012


BULAN
BELIAN
KUTIPAN
BAKI (RM)
MODAL
-
-
(300.00)
SEPTEMBER
205.00
(127.60)
(222.60)
OKTOBER
200.40
(355.00)
(377.20)
NOVEMBER
364.00
(357.00)
(370.20)
DISEMBER
236.70
(366.50)
(500.00)


Hasil Jualan sehingga 31/12/2012                 (500.00)
Bayar Modal (Pendahuluan KKB)                     300.00
                                                                   -----------
Keuntungan / Baki Bersih                               (200.00)
-----------
 
 
 
 
Disediakan oleh,
 
 
PN. SULIHA HUSSIN
PEMBENTANGAN DAN PERBINCANGAN USUL-USUL BARU

1.                   Hapuskira yuran-yuran tertunggak KKB bagi tahun 2009, 2010 &
          2011.

2.                 Yuran tertunggak 2009 – 2011 di beri diskaun sebanyak 50%.

3.                 Cadangan supaya dinaikkan yuran, memandangkan punca pendapatan  
          utama KKB adalah melalui yuran.

Cadangan adalah seperti berikut :

3.1
W52
RM30.00
3.2
W48
RM20.00
3.3
W41 – 44
RM15.00
3.4
W26 – W32
RM10.00
3.5
W26 W22 / KUP22
RM 8.00
3.6
W17
RM 6.00
3.7
N17 / KUP17
RM 6.00
3.8
N1
RM 5.00
3.9
Untuk ahli bersekutu yang masih bekerja yuran bulanan adalah   sama dengan ahli-ahli KKB.

Bagi ahli bersekutu yang telah bersara, yuran tahunan yang dicadangkan adalah sebanyak RM50.00 atau RM60.00.



4.                 AGM sepatutnya diadakan pada awal tahun memandangkan penutupan akaun sehingga 31 Disember......

5. KKB perlu pelbagaikan aktiviti untuk menambahkan dana.

6. Mengadakan lawatan ke rumah kebajikan anak-anak yatim, warga emas dll.

7. Mengadakan lawatan ke kilang makanan halal atau seumpamanya.

8. Bekas staf Jab. Bendahari, tapi masih betugas di Kampus Kesihatan ingin menjadi ahli bersekutu serta sanggup mengikuti syarat-syarat yang dikenakan.



9. Cadangan supaya dilantik seorang ahli daripada ahli bersekutu sebagai AJK kecil untuk menjadi ketua kepada ahli bersekutu yang lain bagi tujuan untuk memudahkan kutipan yuran serta penyebaran maklumat terkini aktiviti KKB.

10. Pelantikan jawatan Pengerusi dan Setiausaha KKB di lantik bukan dari kategori pegawai.

11. Cadangan supaya yuran bagi En. Mohd Syazwan dikurangkan kepada RM3.00 sahaja, memandangkan status beliau sebagai staf sambilan sahaja.

12. Diwujudkan website KKB untuk mempertingkatkan lagi prasarana IT seperti :

12.1    Muat turun borang Usul, Pencalonan & Pinjaman

12.2   Gambar-gambar aktiviti KKB sepanjang masa.

12.3   Minit-minit mesyuarat semasa AGM untuk memudahkan ahli    membuat semakan dan rujukan - tatacara