Wednesday 23 April 2014


Monday 14 April 2014

Kejohanan Bowling SUKBEN 2013



Pada 12 Oktober 2013, KKB telah menganjurkan Kejohanan Bowling bertempat di Pacific Bowl, KB Mall Kota Bharu .Dengan kejohanan ini, dapat mewujudkan semangat yang tinggi dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara staf Jabatan Bendahari. AJK Sukan juga telah menempah baju t-shirt untuk semua ahli & peserta bowling untuk menyemarakkan lagi kejohanan bowling ini. Berikut adalah keputusan Kejohanan tersebut :

Johan       :Kump. Nota Kredit
Naib Johan :Kump. Jernal

Raja Bowling 2013 : En.Zamashari
Ratu Bowling 2013 : Pn. Farihan

Program Gotong-royong Pusat Islam



Program gotong-royong membersihkan dapur Pusat Islam pada 26 Jun 2013 bagi persiapan menyambut Ramadhan 1434 kerana sepanjang bulan Ramadhan aktiviti memasak dilakukan setiap hari bagi persiapan majlis berbuka puasa. Ahli-ahli yang terlibat dalam program ini telah diberikan sijil penghargaan dari pihak pengurusan Pusat Islam.






Majlis Perpisahan En Zamahshari Dan Puan Azmashaida



Majlis diadakan sempena perpindahan En Zamahshari Bin Abd Ghani ke Unit Kewangan kerana telah dinaikkan pangkat.Manakala Puan Azmashaida pula bertukar ke Jabatan Bendahari Kampus Induk.Majlis perpisahan tersebut telah diraikan di Crown Hotel Kota Bharu pada 20 April 2013.Majlis berlangsung dengan jayanya yang mana turut dihadiri oleh Mantan Timbalan Bendahari Tn Hj Zulkifli bin Mohamed dan keluarga.Walaubagaimana pun majlis tersebut tidak dapat dihadiri oleh Puan Azmashaida atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.Aktiviti yang dijalankan sepanjang majlis itu berlangsung hanyalah ucapan pembukaan daripada Puan Pengerusi Kelab Pn Hajah Narizam Binti Abd Rahman dan ucapan daripada yang dirai iaitu En Zamahshari Bin Abd Ghani.Majlis bermula pada pukul 8 malam dan berakhir pada pukul 11 malam.






HARI KELUARGA SUDARA BEACH RESORT



AJK Sosial & Lawatan telah membuat program  hari keluarga ke Sudara Beach Resort, Bachok pada 29 – 30 Mac 2013, pakej 2 hari 1 malam. Sebanyak 20 bilik telah ditempah.  Seramai 25 orang ahli KKB dan 20 orang anak-anak ahli  telah menyertai lawatan ini.
Semua ahli ke Sudara Beach Resort menaiki kenderaan masing-masing. AJK telah   tiba disana  seawal jam 12 tengahari lagi untuk urusan pendaftaran dan “Check In”. Setelah urusan pendaftaran selesai, ahli-ahli ke chalet  masing-masing untuk berehat dan aktiviti bebas. 
Pada jam 5 petang kami telah berkumpul di tepi pantai untuk memulakan aktiviti riadah. Acara terbahagi kepada dua bahagian iaitu acara kanak-kanak dan dewasa. Acara kanak-kanak ialah cari gula-gula, isi air dalam botol dan tiup belon sampai pecah. Acara untuk dewasa ialah bowling botol mineral, pancing botol. Suasana begitu meriah dan masing-masing gembira apabila memenangi tempat pertama dalam acara yang disertai. Hadiah-hadiah kemenangan telah disampaikan oleh Penaung KKB, Tuan Syed Ahmad Kamil. Setelah aktiviti riadah selesai, kami menikmati makanan dan minuman yang telah disediakan. Seterusnya aktiviti bebas yang paling disukai kanak-kanak iaitu mandi dikolam renang.
Pada sebelah malam aktiviti seterusnya ialah BBQ. Antara menu BBQ yang disediakan ialah Ayam, Ikan, dan Sosej. Selain itu menu tambahan seperti Bihun goreng, nasi goreng dan Kentang goreng turut disediakan. Sebagai pencuci mulut pula kami disediakan  buah-buahan, agar-agar dan kuih muih.  Minuman pula ialah air oren, teh dan kopi panas. Kami semua  menikmati makan malam dengan berselera dan berpuas hati dengan makanan yang disediakan.
Sambil menikamati BBQ, acara penyampaian hadiah “Sukben” telah di sampaikan oleh Pengerusi KKB En Zamashari kepada pemenang-pemenang permainan Karom dan Congkak. Majlis BBQ dan makan malam telah tamat pada jam 11 malam.
Pada keesokan harinya kami menikmati sarapan  seawal jam 8 pagi. Menu yang disediakan adalah nasi lemak dan nasi goreng. Setelah selesai  bersarapan, kami semua melakukan aktiviti bebas. Ada yang mandi manda dikolam, memancing, dan jogging dipantai.
Pada jam 12 tengahari ahli ahli KKB telah ‘Check out’ dan pulang dengan hati yang gembira. Semoga aktiviti  seperti ini dapat mengerat serta  mengukuh hubungan  siratul rahim sesama ahli KKB  dan ahli keluarga KKB.