Monday, 14 April 2014
Kejohanan Bowling SUKBEN 2013
Pada
12 Oktober 2013, KKB telah menganjurkan Kejohanan Bowling bertempat di Pacific
Bowl, KB Mall Kota Bharu .Dengan kejohanan ini, dapat mewujudkan semangat yang
tinggi dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara staf Jabatan Bendahari. AJK
Sukan juga telah menempah baju t-shirt untuk semua ahli & peserta bowling
untuk menyemarakkan lagi kejohanan bowling ini. Berikut adalah keputusan
Kejohanan tersebut :
Johan :Kump.
Nota Kredit
Naib Johan :Kump. Jernal
Raja Bowling
2013 : En.Zamashari
Ratu Bowling
2013 : Pn. Farihan
Program Gotong-royong Pusat Islam
Program gotong-royong membersihkan dapur Pusat Islam
pada 26 Jun 2013 bagi persiapan menyambut Ramadhan 1434 kerana sepanjang bulan
Ramadhan aktiviti memasak dilakukan setiap hari bagi persiapan majlis berbuka
puasa. Ahli-ahli yang terlibat dalam program ini telah diberikan sijil
penghargaan dari pihak pengurusan Pusat Islam.
Majlis Perpisahan En Zamahshari Dan Puan Azmashaida
Majlis
diadakan sempena perpindahan En Zamahshari Bin Abd Ghani ke Unit Kewangan
kerana telah dinaikkan pangkat.Manakala Puan Azmashaida pula bertukar ke
Jabatan Bendahari Kampus Induk.Majlis perpisahan tersebut telah diraikan di
Crown Hotel Kota Bharu pada 20 April 2013.Majlis berlangsung dengan jayanya
yang mana turut dihadiri oleh Mantan Timbalan Bendahari Tn Hj Zulkifli bin
Mohamed dan keluarga.Walaubagaimana pun majlis tersebut tidak dapat dihadiri
oleh Puan Azmashaida atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.Aktiviti yang
dijalankan sepanjang majlis itu berlangsung hanyalah ucapan pembukaan daripada
Puan Pengerusi Kelab Pn Hajah Narizam Binti Abd Rahman dan ucapan daripada yang
dirai iaitu En Zamahshari Bin Abd Ghani.Majlis bermula pada pukul 8 malam dan
berakhir pada pukul 11 malam.
HARI KELUARGA SUDARA BEACH RESORT
AJK Sosial & Lawatan telah membuat
program hari keluarga ke Sudara Beach
Resort, Bachok pada 29 – 30 Mac 2013, pakej 2 hari 1 malam. Sebanyak 20 bilik
telah ditempah. Seramai 25 orang ahli
KKB dan 20 orang anak-anak ahli telah
menyertai lawatan ini.
Semua ahli ke Sudara Beach Resort menaiki
kenderaan masing-masing. AJK telah tiba
disana seawal jam 12 tengahari lagi
untuk urusan pendaftaran dan “Check In”. Setelah urusan pendaftaran selesai,
ahli-ahli ke chalet masing-masing untuk
berehat dan aktiviti bebas.
Pada jam 5 petang kami telah berkumpul di
tepi pantai untuk memulakan aktiviti riadah. Acara terbahagi kepada dua
bahagian iaitu acara kanak-kanak dan dewasa. Acara kanak-kanak ialah cari
gula-gula, isi air dalam botol dan tiup belon sampai pecah. Acara untuk dewasa
ialah bowling botol mineral, pancing botol. Suasana begitu meriah dan
masing-masing gembira apabila memenangi tempat pertama dalam acara yang disertai.
Hadiah-hadiah kemenangan telah disampaikan oleh Penaung KKB, Tuan Syed Ahmad
Kamil. Setelah aktiviti riadah selesai, kami menikmati makanan dan minuman yang
telah disediakan. Seterusnya aktiviti bebas yang paling disukai kanak-kanak
iaitu mandi dikolam renang.
Pada sebelah malam aktiviti seterusnya
ialah BBQ. Antara menu BBQ yang disediakan ialah Ayam, Ikan, dan Sosej. Selain
itu menu tambahan seperti Bihun goreng, nasi goreng dan Kentang goreng turut
disediakan. Sebagai pencuci mulut pula kami disediakan buah-buahan, agar-agar dan kuih muih. Minuman pula ialah air oren, teh dan kopi
panas. Kami semua menikmati makan malam
dengan berselera dan berpuas hati dengan makanan yang disediakan.
Sambil menikamati BBQ, acara penyampaian
hadiah “Sukben” telah di sampaikan oleh Pengerusi KKB En Zamashari kepada
pemenang-pemenang permainan Karom dan Congkak. Majlis BBQ dan makan malam telah
tamat pada jam 11 malam.
Pada keesokan harinya kami menikmati
sarapan seawal jam 8 pagi. Menu yang
disediakan adalah nasi lemak dan nasi goreng. Setelah selesai bersarapan, kami semua melakukan aktiviti
bebas. Ada yang mandi manda dikolam, memancing, dan jogging dipantai.
Pada jam 12 tengahari ahli ahli KKB telah
‘Check out’ dan pulang dengan hati yang gembira. Semoga aktiviti seperti ini dapat mengerat serta mengukuh hubungan siratul rahim sesama ahli KKB dan ahli keluarga KKB.
Subscribe to:
Posts (Atom)